KANGAR: Seorang pelajar perubatan rentung apabila kereta yang dipandunya terbakar selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 7.2, Jalan Kangar-Alor Setar dekat sini, malam tadi.
Pegawai Turus Trafik Perlis Asisten Superintendan, Rosli Yahya, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 7.50 malam dan pelajar itu dikenal pasti sebagai Mohammad Danial Zulkifli, 24, pelajar tahun akhir di Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS)...