Semangat Rakyat Perlis

KANGAR, 17 April (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah rakyat perlu mempunyai semangat juang yang tinggi untuk memajukan negeri ini bagi mempercepatkan wawasan menjadikan Perlis sebagai negeri maju.

"Kita harus berwawasan, berfikiran positif dan inovatif, kompeten dan mempunyai semangat juang yang tinggi untuk memajukan negeri," titah baginda semasa merasmikan persidangan Profesional dan Intelek Perlis (Prolis) kelolaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini Isnin malam. 

Baginda yang juga Canselor UniMAP bertitah selain itu, rakyat negeri ini perlu bergerak sebagai satu pasukan dan sanggup menerima perubahan termasuk perubahan budaya kerja. 

"Kita mestilah sama-sama komited, ikhlas, bijak mengambil peluang, bersatu, dan tidak berpuak-puak untuk maju. Kita juga mesti akrab dengan kerajaan persekutuan di segenap peringkat," titah baginda. 

Persidangan Prolis selama dua hari itu dihadiri 160 peserta terdiri daripada golongan profesional dan intelek Perlis dari seluruh negara. Ia antara lain akan merumuskan hala tuju pembangunan negeri Perlis bagi mencapai wawasan Perlis Maju 2015. 

Sumber -- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...