Alahai Jalan Perlis

Gambar Hiasan
Apakah yang dimaksudkan dengan signal di negeri Perlis ni. Tiba-tiba terfikir pula insiden yang berlaku bila keluar tadi. Apalah sikap orang-orang di sini yang sangat tak suka untuk memberi signal bila nak masuk simpang. Adakah ia sukar atau sengaja menyukarkan orang lain. Tanyalah akal. 

Sikap manusia yang kadang kala menyusahkan orang lain ni perlulah di ubah demi kesenangan pihak lain. Jika dipandang dari sudut positif, mungkinlah boleh dikatakan Perlis merupakan kawasan kampung dan tidak sibuk yang tidak memerlukan memberi signal,dan bukan seperti bandar besar yang lain. Tapi jika difikirkan semula adalah lebih baik jika peraturan jalan raya diikuti seperti biasa bagi mengelakkan berlakunya salah faham dan ketidakpuasan hati para pengguna jalan raya.

Bukan itu sahaja, malah lampu isyarat di sekitar Perlis juga sering kali rosak dan membahayakan pengguna jalan raya. Walaupun kereta tidak banyak ,namun ianya perlulah diambil perhatian bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.




Ganja Di Kuala Perlis

KANGAR, 21 April (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas tiga ketulan mampat dipercayai ganja ketika melakukan rondaan di perairan Kuala Perlis dekat sini semalam.

Pengarah Operasi APMM Wilayah Utara Kapten (Maritim) Salim Ahmad berkata Sabtu tiga ketulan mampat seberat tiga kilogram itu ditemui di dalam sebuah beg hitam kira-kira pukul 8.30 pagi setelah pihaknya memeriksa sebatang kayu berpelampung yang ditemui di perairan itu.

Beliau berkata sebelum itu, bot peronda APMM yang sedang menjalankan rondaan dan penguatkuasaan maritim di perairan Kuala Perlis itu mengesan sebuah vesel di perairan sempadan yang dalam keadaan mencurigakan.

Katanya pasukan APMM juga melihat ada individu yang membuang sesuatu ke dalam laut sebelum vesel itu memecut laju memasuki semula perairan Thailand.

"Hasil pemeriksaan, APMM menemui sebatang kayu panjang berpelampung seperti kayu penanda pukat. Setelah kayu itu diangkat, kami temui beg hitam yang di dalamnya mengandungi tiga ketulan daun kering mampat yang dibungkus dalam plastik lutsinar," katanya kepada pemberita di Pangkalan APMM Kuala Perlis hari ini.

Sumber -- BERNAMA

Geng Curi Susu Tertangkap

KANGAR – Kegiatan mencuri susu oleh Geng Kangkang berjaya ditumpaskan polis dalam masa 13 jam selepas menahan lima daripada 10 ahli kumpulan itu.

Ketua Polis Negeri Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Haron berkata, pada 5 April lalu antara jam 3.30 hingga 4.05 petang sekumpulan penjenayah yang terdiri daripada empat lelaki dan empat perempuan telah mencuri susu tepung pelbagai jenama di dua premis peniagaan runcit, di sini.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memperlihatkan kumpulan terbabit memasukkan susu dicuri ke dalam kain sebelum barangan terbabit dibawa keluar dari premis berkenaan.

“Polis menahan tiga lelaki dan dua perempuan dipercayai ahli kumpulan terbabit di Klang, Selangor selepas menjejaki kereta sewa yang digunakan ketika melakukan jenayah terbabit.

“Hasil soal siasat, kumpulan terbabit mengaku terlibat dalam kegiatan terbabit dan barangan curi itu dijual kepada seorang lelaki yang merupakan peniaga kedai ubat di Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di IPK Kangar, semalam.

Zull Aznam berkata, pada 7 April lalu, polis menahan seorang lelaki berumur 48 tahun dan merampas sebahagian besar barangan curi itu.

Katanya, tiga daripada lima ahli kumpulan yang ditangkap mempunyai rekod lampau kerana terlibat dalam kes mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencuri dari dalam bangunan dan salah seorang telah dihukum mengikut Seksyen yang sama.

“Polis masih mencari lima saki baki ahli kumpulan terdiri daripada tiga perempuan dan dua lelaki,” katanya.

Unimap Dapat Anugerah Di Luar Negara

Kangar - Penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Dr. Uda Hashim berjaya meraih dua anugerah utama pada Exhibition of Invention di Geneva, Switzerland. Prof Dr. Uda meraih Grand Award yang dianugerahkan oleh Rusia serta Best Jury Award melalui produknya Nano Biochip. Selain itu, produk yang sama turut meraih pingat emas pertandingan.

Prof. Dr. Uda turut meraih pingat perak melalui satu lagi produknya Mask Sligner For Teaching and Research. Sementara itu, dua lagi produk UniMAP yang menyertai pertandingan tersebut meraih pingat perak pertandingan iaitu produk Smart Antenna for Unmanned Aerial Vehicle dan Smart Material Antenna hasil penyelidikan Dr. Fareq Abdul Malik. 

Pameran yang menghimpunkan penyelidik-penyelidik ternama dari seluruh dunia dan dianjurkan buat kali ke-40 itu berlangsung selama lima hari berakhir semalam. Naib Canselor UniMAP, Brig Jen Dato Prof Dr Kamarudin Hussin berkata, kejayaan yang diraih oleh Prof Dr. Uda Hashim itu amat bermakna tambahan pula UniMAP meraikan ulang tahun ke-10 tahun ini.

Ujar beliau, penyertaan kali ini merupakan penyertaan ke-6 UniMAP dan kejayaan meraih dua anugerah khas merupakan yang tertinggi pernah diraih pada pertandingan berprestij itu.

"Ini merupakan pertandingan antarabangsa tahun ini, dan saya berasa amat bangga kerana keempat2 produk meraih pingat selain turut mendapat pengiktirafan khas. "Semoga kejayaan ini akan menjadi pencetus semangat buat penyelidik UniMAP dalam pertandingan antarabangsa lainnya yang disertai tahun ini," ujar beliau lagi.








Polis Perlis Hadapi Tuduhan Rasuah!!!!

KANGAR - Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan berasingan meminta dan menerima rasuah.

Sarjan Ahmad Fadli Adnan, 42, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Kangar menghadapi tiga pertuduhan manakala Koperal (detektif) Syed Zaini Syed Hassan, 45, yang bertugas di cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis menghadapi dua pertuduhan.

Ahmad Fadli dituduh meminta suapan RM3,000 daripada Mohd Syarifuddin Abdul Aziz bagi menutup kes lelaki itu yang dikatakan melanggar pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada 25 Nov 2011, antara pukul 10.30 pagi dan 11.45 pagi di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kangar.

Dia juga dituduh meminta suapan RM3,500 daripada Mohd Syarifuddin melalui panggilan telefon pada kira-kira 12.53 tengah hari pada hari yang sama. Bagi pertuduhan ketiga, Ahmad Fadli dituduh menerima suapan RM3,500 daripada Mohd Syarifuddin pada kira-kira 4.40 petang pada 27 Nov, 2011 di Restoran Mira Bersaudara, Taman Sena.

Sementara itu, Syed Zaini dituduh menerima suapan RM2,000 daripada Boonchu a/l E Bau pada kira-kira 12.30 pagi, 15 April 2011 di parkir lori di hadapan Restoran Yasmeen, Changlun sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas lelaki itu berhubung kes judi haram. Anggota polis itu juga dituduh menerima suapan RM4,000 daripada lelaki yang sama pada kira-kira 7.27 malam, 20 April 2011 di dalam sebuah kereta berhampiran warung Ratna Sari, Padang Behor.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda suapan atau mana yang lebih tinggi.

Majistret Zuhair Rosli mengarahkan kedua-dua tertuduh, masing-masing dikenakan ikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 22 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Fieza Fazlin Fandi manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.- Bernama

Bekas Speaker Perlis Meninggal

KANGAR, 19 April (Bernama) - Bekas Speaker Dewan Undangan negeri Perlis, Datuk Indera Jaya Mahmud Hashim, 89, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Darat, Beseri dekat sini malam Rabu kerana sakit tua dan masalah saraf.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 11.45 malam di hadapan isterinya, Datin Argon Saad, 84, anak angkatnya, Abdul Manaf Kasa, 49 serta menantu angkatnya, Siti Jamaliah Zaini, 46. 

Anak sulung allahyarham, Hakimi, 54 memberitahu, ayahnya yang mengalami sakit saraf sejak kira-kira tujuh tahun lalu dengan mendapat rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini dan Kedah Medical Centre (KMC) di Alor Setar, terlantar di rumahnya kerana terlalu uzur sejak empat tahun lalu. 

Selepas bersara daripada perkhidmatan guru pada awal tahun tujuh puluhan beliau terbabit secara aktif dalam politik dan memenangi pilihan raya umum bagi kerusi dewan undangan negeri kawasan Paya pada 1974. 

Allahyarham yang memenangi kerusi yang sama bagi penggal kedua pada 1978 dilantik menjadi speaker dewan undangan negeri Perlis sehingga 1982. 

Jenazah allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Tunjong, tidak jauh dari kediamannya 1.45 tengah hari Khamis selepas disembahyangkan di Masjid Kampung Darat, Beseri. 

Sumber -- BERNAMA

Earth Day Unimap

Kangar, semalam telah berlangsungnya pelancaran Earth Day @ UNIMAP oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar (PPKAS) dengan kerjasama Persatuan Pelajar PPKAS . Sambutan ini bertujuan untuk menyediakan satu platform perkongsian kefahaman dan kesedaran tentang kelestarian alam sekitar di kalangan masyarakat di negeri Perlis. Untuk makluman, telah diadakan adalah seperti berikut berikut:

Tarikh : 21 & 22 April 2012
Masa : 8.30 pagi - 5.30 petang
Tempat : Dewan Kapitol, Kangar

Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ialah :

1.Gerai Jualan 
2. Pertandingan Fotografi 
3. Pertandingan Poster
4. Ceramah 
5. Program Kitar Semula 
6. Pertandingan Mewarna 
7.Kuiz Alam Sekitar 
8.Pertandingan Pakaian Beragam 
9.Pertandingan 
10. Mengolah Barangan Terpakai 
11. Pertandingan Mencipta Maskot

Oleh itu semua warga UniMAP dan keluarga dijemput hadir untuk memeriahkan majlis ini. Pelbagai aktiviti 
disediakan sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Dada Rasa Panas Macam Terbakar

KANGAR: “Dada saya seperti dibakar, malah hampir keseluruhan mulut serta tekak tiba-tiba menjadi panas kerana terminum cecair berkenaan,” kata Mohd Syazwan Abdul Rohim,17, selepas terminum pencair cat yang disangka air minuman ringan.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7 malam Isnin lalu, apabila Mohd Syazwan yang dahaga sebaik pulang dari bengkel sekolahnya di Arau di sini, mencapai satu botol di atas katilnya yang disangka minuman ringan lalu minum sebelum dadanya berasa panas.

Mohd Syazwan berkata, dia meneguk cecair berkenaan dua kali sebelum dada serta mulutnya tiba-tiba terasa panas dan sakit sehingga menyebabkannya berada dalam keadaan separuh sedar.

Menurutnya, ketika itu dia berasa begitu haus sebelum menyedari minuman yang diteguk itu adalah pencair cat.“Dada saya terus terasa panas manakala mulut serta tekak berasa seperti terbakar akibat kesan cecair berkenaan sehingga saya menggelupur kesakitan.

“Saya cuba menjerit meminta pertolongan rakan, namun gagal kerana sukar bertutur akibat kesakitan.

“Nasib baik ada rakan ternampak lalu meminta bantuan dan saya ke rumah warden asrama sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk rawatan,” katanya ketika ditemui di HTF di sini, semalam.

“Nasib baik ada rakan ternampak lalu meminta bantuan dan saya ke rumah warden asrama sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk rawatan,” katanya ketika ditemui di HTF di sini, semalam.


Mangsa

Bumbung Kereta Terapung

MALANG...pasukan penyelamat mengangkat mayat Aimi Mukhlis (gambar kecil) selepas keretanya terjunam ke dalam sungai.





                                Pasukan bomba penyelamat sedang mengeluarkan mangsa dari kereta

KANGAR: “Saya lihat cahaya terang menyala dalam sungai dan apabila menghampiri kawasan tebing, saya ternampak bahagian bumbung kereta terapung, manakala pemandunya cuba menyelamatkan diri sebelum tenggelam.”

Demikian kata Zamri Omar, 42, antara saksi terawal melihat kejadian seorang lelaki, Aimi Mukhlis Taib, 26, lemas selepas kereta Perodua Kancil dinaikinya terjunam ke dalam Sungai Bharu, di sini, kira-kira jam 10.30 malam kelmarin. Menurut Zamri, dia dan rakan yang kebetulan menunggang motosikal di kawasan berhampiran menjerit memanggil mangsa, sebelum seorang rakan terjun untuk menyelamatkan lelaki itu, namun gagal kerana arus terlalu deras.

Katanya, dia hanya mampu melihat kereta berkenaan terus tenggelam sebelum dihanyutkan arus deras sehingga 50 meter dari tempat dia terjunam. “Saya lihat mangsa yang terperangkap cuba menyelamatkan diri melalui pintu belakang kereta selepas usahanya untuk keluar melalui tempat duduk pemandu gagal.








Semangat Rakyat Perlis

KANGAR, 17 April (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah rakyat perlu mempunyai semangat juang yang tinggi untuk memajukan negeri ini bagi mempercepatkan wawasan menjadikan Perlis sebagai negeri maju.

"Kita harus berwawasan, berfikiran positif dan inovatif, kompeten dan mempunyai semangat juang yang tinggi untuk memajukan negeri," titah baginda semasa merasmikan persidangan Profesional dan Intelek Perlis (Prolis) kelolaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini Isnin malam. 

Baginda yang juga Canselor UniMAP bertitah selain itu, rakyat negeri ini perlu bergerak sebagai satu pasukan dan sanggup menerima perubahan termasuk perubahan budaya kerja. 

"Kita mestilah sama-sama komited, ikhlas, bijak mengambil peluang, bersatu, dan tidak berpuak-puak untuk maju. Kita juga mesti akrab dengan kerajaan persekutuan di segenap peringkat," titah baginda. 

Persidangan Prolis selama dua hari itu dihadiri 160 peserta terdiri daripada golongan profesional dan intelek Perlis dari seluruh negara. Ia antara lain akan merumuskan hala tuju pembangunan negeri Perlis bagi mencapai wawasan Perlis Maju 2015. 

Sumber -- BERNAMA

Jabatan Pelajaran Perlis, PDRM Tandatangani MoU Banteras Masalah Disiplin

KANGAR, 7 Mac (Bernama) ,Jabatan Pelajaran Perlis dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perlis Rabu menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama membanteras masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Dun Kasa berkata melalui kerjasama itu ia akan dapat membantu menangani masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di negeri ini termasuk kes-kes ponteng sekolah dan salah laku. 

Katanya rekod Jabatan Pelajaran Perlis menunjukkan kes salah laku dan ponteng sekolah di kalangan pelajar di negeri ini meningkat 0.05 peratus daripada 0.48 peratus pada 2010 kepada 0.57 peratus tahun lalu menyebabkan perhatian lebih serius perlu diberikan bagi menangani gejala berkenaan. 

"Dengan adanya kerjasama antara Jabatan Pelajaran Perlis dan PDRM dalam menangani masalah ini, Jabatan Pelajaran mensasarkan dapat mengurangkan kes salah laku dan ponteng sekolah di kalangan pelajar di negeri ini kepada 0.03 peratus tahun ini," katanya ketika berucap sebelum upacara menandatangani MOU itu di sini Rabu.

Majlis menandatangani MOU itu diadakan di dewan mesyuarat Sekolah Menengah Datuk Sheikh Ahmad, Arau dekat sini dengan Dun menandatanganinya bagi pihak Jabatan Pelajaran manakala PDRM diwakili Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Harun.

Sumber -- BERNAMA

Amaran tsunami ditarik balik

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia menarik balik amaran tsunami bagi negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan utara Perak yang dikeluarkan awal pagi ini ekoran gempa bumi kuat dikesan berlaku di pantai barat utara Sumatera.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami jabatan itu, Ahmad Zaki Mohamad Saat berkata nasihat tsunami yang dikeluarkan pihaknya sebelum ini telah dihentikan setelah hasil daripada pemantauan di setiap negeri berkenaan kira-kira 7 pagi tadi didapati memuaskan. 

"Kami sudah pantau ke semua tempat di negeri-negeri terlibat dan mendapati keadaan gempa bumi yang berlaku awal pagi tadi tidak akan melibatkan tsunami," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pada awal pagi tadi terdapat gempa bumi yang kuat dikesan di pantai barat utara Sumatera dan menjejaskan keadaan laut, lalu pihaknya mengeluarkan nasihat supaya orang awam menjauhkan diri dari kawasan persisiran pantai.

"Gegaran turut dilaporkan oleh orang awam antara jam 2 hingga 3 pagi tadi terutama di Pulau Pinang, dan kami menasihatkan mereka supaya menjauhi kawasan persisir pantai. - Bernama

Ribut di Kangar

Lebih 20 buah rumah rosak terutama pada bahagian bumbung dalam kejadian ribut yang melanda sekitar bandar Kangar tempoh hari. Rumah beratap zink dan rumah papan menjadi mangsa kejadian ribut tempoh hari.Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.30 petang ketika hujan lebat.

Antara lokasi terjejas ialah Kampung Bakau dan Taman Hijrah di sini namun JKM masih menjalankan bancian dan nilai kerugian belum diketahui setakat ini. Turut mengalami kerosakan ialah gerai-gerai makanan yang turut terbalik akibat angin kencang manakala beberapa batang pokok turut tumbang.

Anggota-anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) masih bertungkus lumus mengalihkan pokok-pokok yang tumbang berhampiran jalan raya terutama berhampiran Padang Bandaran di sini.

Akibat kejadian itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut memotong sementara bekalan elektrik di kawasan terbabit demi keselamatan orang ramai.











Harum Manis

                                                                                        Gambar Hiasan

Sebut sahaja Perlis, ramai yang akan mengaitkannya dengan Harum Manis, sejenis mempelam yang subur di negeri utara tanah air sehingga menimbulkan keghairahan sesiapa sahaja untuk membelinya termasuk penduduk dari negeri lan. Walaupun harganya meningkat setiap tahun, orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata mahu membeli Harum Manis.

Harum Manis merupakan sejenis buah yang popular dan hanya terdapat di negeri Perlis. Buahnya yang berbau harum dan isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak pasti menawan hati sesiapa saja yang mencubanya.

Musim Harum Manis adalah sekitar bulan April hingga Jun. Ramai individu, penjual dan pengusaha restoran mengambil kesempatan ketika musim Harum Manis untuk menikmati keenakan serta hasil jualannya.

Fenomena mangga Harum Manis yang sangat terkenal di negeri Perlis bakal melanda. Pihak harummanis.webs.com tidak ketinggalan dalam menerima tempahan yang ingin merasakan keenakan dan keharuman mempelam ini yang hanya berbunga pada awal musim kemarau dan masak pada awal musim hujan.

Masjid Terapung Kuala Perlis

Masjid Terapung Kuala Perlis
Masjid Terapung Kuala Perlis yang kini mewarnai wajah muara Sungai Perlis bakal menjadi mercu tanda baru pekan pinggir laut itu apabila ia mula digunakan secara rasmi Sabtu ini. Masjid bernilai lebih RM12 juta yang diperbuat daripada pelbagai bahan mineral tanpa sebarang cat itu mempunyai reka bentuk unik dengan dewan solat menghadap ke laut.

Pengerusi Masjid Terapung Kuala Perlis, Profesor Datuk Dr Kamarudin Hussin, berkata masjid itu kelihatan tersergam indah dari arah laut dan darat dan bakal menjadi salah satu produk pelancongan di Perlis.Masjid itu yang akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang disediakan Universiti Malaysia Perlis (UniMap), berupaya menampung sehingga 1,000 jemaah pada satu masa. 

Kamarudin yang juga Naib Canselor UniMAP ketika ditemui Bernama hari ini berkata, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail akan berangkat merasmikan masjid itu Sabtu ini. Beliau berkata, UniMAP diberi tanggungjawab mengendalikan masjid itu sebagai "Pusat Islam" dan ia akan dimanfaatkan dengan pelbagai kegiatan keilmuan sepanjang masa. 

"Kami rasa bertuah kerana diberi tanggungjawab itu dan kira-kira 3,000 pelajar UniMAP di kolej kediaman Kuala Perlis sudah pasti antara yang akan memanfaatkannya," katanya. Kamarudin berkata, masjid terapung itu bukan sekadar pusat ibadah tetapi juga akan menjadi tempat tumpuan pelancong asing dan tempatan yang sudah pasti ingin melihat keindahannya dari dekat. 

"Kami juga akan mengawal kawasan ini supaya ia tidak disalahgunakan sebaliknya kekal sebagai pusat ibadah, pusat keilmuan dan pusat pelancongan," katanya. Semalam, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melawat masjid itu. Baginda yang diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut bertemu barisan jawatankuasa masjid yang diketuai Kamarudin. - BERNAMA 


Suratan Yang Maha Esa

KANGAR: Seorang pelajar perubatan rentung apabila kereta yang dipandunya terbakar selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 7.2, Jalan Kangar-Alor Setar dekat sini, malam tadi.

Pegawai Turus Trafik Perlis Asisten Superintendan, Rosli Yahya, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 7.50 malam dan pelajar itu dikenal pasti sebagai Mohammad Danial Zulkifli, 24, pelajar tahun akhir di Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) di sini.

Katanya, kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu pelajar yang berasal dari Putrajaya itu dari arah Alor Setar menghala Kangar tiba-tiba membuat pusingan U lalu dilanggar oleh sebuah kenderaan di belakangnya.

"Akibat pelanggaran itu, kedua-dua kenderaan itu terbakar manakala pelajar itu yang tersepit di tempat duduk gagal menyelamatkan diri dan mati di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Rosli berkata, pemandu sebuah lagi kenderaan, Lim Tai Eng, 58, dari jalan Raja Syed Alwi di sini terselamat apabila sempat keluar dari kenderaannya yang turut terbakar. - BERNAMA

Ladang Tebu ,Chuping

Chuping terletak di Chuping, Perlis, Malaysia berhampiran dengan sempadan Thailand. Tanah rancangan ini dikendalikan oleh agensi kerajaan, Felda. Jenis tanah di sini sesuai ditanam dengan pokok tebu. Pokok tebu Chuping terkenal kerana berkualiti di samping tebu di Kuala Gula,Perak. Sekiranya bekalan gula tidak mencukupi untuk penduduk Malaysia, gula diimport dari Filipina. Lebih 8,000 hektar ladang tebu di Chuping.Kilang Gula Felda Chuping membekalkan gula kepada seluruh penduduk di Malaysia.

Memproses Tebu:

Sebelum pokok tebu ditebang, pokok tebu akan dibakar terlebih dahulu. Pokok tebu yang telah dibakar dan berwarna hitam ini sangat keras dan kering. Sebuah ladang tebu dibakar dalam tempoh beberapa jam sahaja. Pokok tebu ditebang dengan tenaga manusia dan kini dengan jentuai .Kemudian diangkut ke dalam lori dan dibawa ke kilang memproses gula di Chuping. Kilang ini milik bilioner Malaysia Robert Kuok. Kebanyakan kilang gula di Malaysia dimonopoli oleh beberapa syarikat multinasional sahaja dengan kebenaran kerajaan Malaysia. Harga gula dikawal oleh kerajaan Malaysia.


Ladang Tebu Chuping
Pemandangan indah sekitar ladang tebu



















Pesona Perlis (Taman Herba)

Labels:

 
                                                                                                       Rimba Herba

Taman Herba ini ditubuhkan pada tahun 1998 dengan keluasan 12 hektar, Taman Herba berfungsi untuk menempatkan koleksi tumbuh-tumbuhan ubatan yang digunakan oleh penduduk setempat khasnya dan tumbuhan ubatan lain amnya.

Ianya juga boleh dijadikan sebuah "muzium" tumbuhan ubatan di mana taman ini dibuka kepada pelawat seluruh negara yang ingin mengenali dan mengetahui jenis dan kegunaan tumbuh-tumbuhan ini.

Koleksi tumbuhan yang terdapat di sini terdiri dari tumbuhan liar yang sedia ada di taman ini (in-situ), tumbuh-tumbuhan ubatan yang didatangkan dari tempat lain (ex-situ) dan tumbuh-tumbuhan ubatan yang berasal dari negara lain yang telah lama diperkenalkan di negeri ini. Sehingga tahun 2000. Koleksi Taman Herba telah menjangkau sehingga 600 spesies.

















Di antara tumbuhan ubatan terkenal yang terdapat di sini ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Cekor, Halia, Serai, Mengkudu, Selasih, Kayu Manis dan lain-lain lagi. Sesetengah tumbuhan di sini merupakan tanaman yang lazimnya ditemui di sekeliling rumah anda seperti Bunga Raya, Bunga Tahi Ayam, Senduduk, Pokok Kapal Terbang, Sireh, Kesom, Pinang dan Pisang. Ianya dipamerkan di sini untuk memberi kefahaman kepada pelawat terhadap nilai sebenar tumbuh-tumbuhan ubatan kepada manusia.
















Pesona Perlis (Tasik Melati)

Labels:

Mercu Tanda Tasik Melati
Tasik Melati merupakan sebuah tasik yang kecil tetapi sungguh permai. Ia bertempat di kawasan paya tanah rendah dan lokasinya lebih kurang 8 km timur dari Kangar. Tasik Melati ialah sebuah tasik yang cetek. Lebih daripada 150 tebing pulau dapat dilihat dari Tasik Melati. Sampan disediakan bagi pengunjung yang ingin mendayung sambil menikmati pemandangan.

Antara pemandangan terdapat di Tasik Melati :

Tasik Melati
Pemandangan Tasik Melati

Pesona Perlis (Taman Ular)

Labels:

Taman Ular dan Reptilia Perlis
Taman Ular dan Reptilia Perlis merupakan satu – satunya taman ular seumpamanya di Malaysia. Di sinilah terdapatnya pelbagai spesis ular yang boleh di lihat di ruang pameran tertutup mahupun di ruang terbuka, ia memberi peluang kepada pengunjungnya untuk mendekati haiwan eksotik ini dengan lebih dekat dalam suasana yang hampir sama dengan habitat asalnya. 

Terdapat kira - kira 150 ekor ular dari 34 spesies di taman ini. 25 spesies ular tempatan dan sembilan spesies dari luar negara. 10 sesies ular ditaman ini adalah jenis yang berbisa dan selebihnya tidak berbisa. 

Diantara jenis ular yang terdapat di taman ini ialah ular sawa, ular tedung selar, ular tedung senduk, ular ekor merah, ular kapak bakau, ular rusuk kerbau dan ular katam termasuk katam tebu dan katam payung serta punti. Paling berbisa ialah ular tedung senduk sembur. Ular paling berat ialah ular sawa seberat 80kg dan panjang 23 kaki. 

Pengunjung juga boleh melihat landak, memerang, biawak hutan termasuk seekor biawak berekor dua, katak bertanduk, ijok, iguana dan tuntung.

Istana Arau

Labels:

Istana Arau
Istana Arau tersergam indah ditengah-tengah Bandar Diraja Arau. Ianya dibina semasa pemerintahan Almarhum Tuanku Raja Syed Alwi Jamalullai sekitar tahun 1905 hingga 1945. Semasa Almarhum Tuanku Raja Syed Putra Jamalullai memegang tampuk pemerintahan negeri Perlis,Baginda pernah bersemayam di Istana ini sehinggalah Almarhum Baginda mengambil keputusan berpindah dari Istana Arau ke Istana Kenangan Indah yang terletak di Repoh sekitar tahun 1970an.

Ruang Santapan 
Bangunan Istana ini mengandungi beberapa ruang khas dengan fungsi dan tujuan tertentu. Balairong Seri berfungsi sebagai tempat berlangsungnya Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Tuanku Raja Perlis. Dewan Bankuasi /Santapan pula adalah ruang untuk diadakan Majlis Santapan Negeri. Selain daripada itu, Bilik Biru merupakan ruang khas untuk majlis mengadap bagi Ketua Jabatan dan juga Wakil-Wakil Rakyat dan Bilik Hijau dikhaskan untuk Majlis Mengadap bagi Duta-Duta dan kenamaan yang lain

Ruang Santapan Diraja
Istana yang tersergam indah ini adalah sebagai lambang kepada pemerintahan Beraja Negeri Perlis iaitu satu-satunya negeri di Malaysia yang menggunakan istilah 'Raja' bagi Pemerintah Negeri. Istana Arau ,terletakl di Bandar DiRaja Negeri Perlis,iaitu bandar Arau. Pada ketika ini DYTM Tuanku Raja Muda dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis bersemayam di istana rasmi Tuanku Raja Perlis

Muzium Kota Kayang

Muzium Kota kayang
Muzium Kota Kayang merupakan sebuah muzium yang terletak di Perlis. Muzium Kota Kayang terletak bersekitaran Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan manusia yang tertua di Semenanjung. Muzium Kota Kayang di Kuala Perlis merupakan satu kompleks sejarah yang popular di Perlis. Muzium Kota Kayang menawarkan pelbagai maklumat mengenai sejarah Perlis.

Terdapat pameran tinggalan akhaeologi dan sejarah dari kapak batu Neolithik, senjata, barangan tembaga, siling, replika dokument, dan carta keturunan diRaja. Pelancong juga dapat melawat laman muzium di mana terdapat tapak Kota Indera kayangan, istana, dan dewan istiadat silam. Muzium Kota Kayang terletak di kaki bukit batu kapur yang bertindak sebagai halangan dari serangan musuh, sementara terdapat terusan yang pernah menjadi laluan bot antara Kota Kayang, Kuala Perlis, dan Alor Setar.

Terdapat tiga galeri iaitu galeri am yang mempamerkan kronologi pembinaan Kota Kayang, peralatan harian golongan bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang dan sekitar negeri Perlis serta galeri Kedah / Perlis yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi yang menarik. 


Kuala Perlis

Labels:

Muara Sungai Perlis
Kuala Perlis merupakan sebuah pekan dan mukim yang terletak di Perlis, Malaysia. Ia juga terkenal sebagai pintu masuk ke Pulau Langkawi. Kuala Perlis terkenal dengan makanan laut iaitu Laksa Kuala Perlis dan makanan laut yang segar dan murah. Bukan itu sahaja malah di sepanjang persisiran Kuala Perlis, terdapat peniaga kecil yang membuka gerai makanan bagi menarik perhatian pengunjung. Kebanyakan pengunjung adalah terdiri daripada para pelajar yang berada di sekitar Perlis.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...